Thursday, July 02, 2009

perihal salam

salams all,

harini terasa nak cerita tentang salam atau berjabat tangan.. urmm ada beza ke kedua2 perkataan tersebut?? aku rasa sama je.. ok la.. kenapa aku terpanggil untuk bercerita tetang salam ni adalah kerana aku rasa time sekarang ni kaedah salam ni kurang diambil perhatian..

KENAPA kita perlu salam seseorang??
dulu masa aku kecik2 mak n ayah selalu ajar kalau salam orang tua2 atau nenek2 n atuk2 kena salam n cium tangan mereka.. even now, bila benda yg sama berlaku pada my munchkin we (hubby n me) also ajar dia salam org yang lebih tua means pangkat makcik n pakcik atau atuk n nenek, salam n cium tangan mereka..

pada aku salam itu bukanlah satu budaya tetapi sebagai satu kaedah memanjangkan silaturahim.. mungkin juga apabila kita salam dan mencium tangan orang yang kita salam tu sebagai satu tanda hormat but tengok la tangan sapa yang kita nak cium.. aku hanya akan cium tangan mak ayah aku + mak mertua + makcik pakcik aku ( senang cerita orang yang lebih tua n yang aku hormat orang tersebut).. bagi mereka2 yang tergolong dalam golangan ini.. aku akan pastikan aku sendiri yang menemui mereka.. bukan mereka yang mencari aku untuk bersalaman.. sebab itu adalah kaedah yang mak ayah aku ajar sejak kecil.. lagipun kita wajib menghormati mereka yang lebih tua dari kita.. kalau sepupu ke.. kawan2 ke... aku tetap bersalaman tetapi x perlu untuk membongkok n mencium tangan..

n aku rasa kalau kita cuba elakkan dari memanjangkan silaturahim itu hukumnya berdosa bukan setakat dosa kecil beb tapi dosa besar.. ayoyoyo.. benda yg simple tapi berat tanggungan nya kelak.. urm nauzubillah

BAGAIMANA salam yang sempurna?
pada aku kalau kita hendak bersalam itu perlulah ikhlas n sempurna kerana apa yang kita lakukan sebenarnya datang dari hati... kalau hati kita membenci seseorang itu.. rasanya cara kita bersalaman pon nampak tak kena gaya je.. pengalaman aku bila bersalaman dengan orang..
  1. bersalaman dan muka saling berpandangan dengan senyuman - aku kira ini la salam yg sangat ikhlas.. sebab diwaktu tangan saling bersalaman muka kedua2 nya saling berpandangan dengan senyuman.. itu yang sewajibnya kita lakukan (tapi untuk muhrim la ye). even kita salam dengan orang yang baru kita kenal.. ini la cara yang betul.. kerana selain memanjangkan silaturahim secara tak langsung kita memberi sedekah yang berpahala dengan senyuman..alhamdullillah.. mintak2 la aku dan keturunan ku dalam golongan ini aminn

  2. bersalaman tapi memalingkan muka ketempat lain - huh.. ini la salam sebenarnya yang aku kira asal salam sahaja..salam tapi tak ikhlas.. sebab kalau tak salam orang kata tak baik.. so, dari menjadi bahan cerita orang, mereka yang bersalam dengan kaedah ni hanya sekadar bersalam sahaja.. mungkin juga mereka yang bersalam dengan kaedah ini mempunyai dendam n menyampah dengan orang yang disalam itu..

    pernah terjadi disatu situasi seorang hamba Allah ini nampak aku menghulurkan tangan untuk bersalaman dengannya tetapi dia buat2 bz berbual dengan rakannya sambil buat2 x nampak aku menghulurkan tangan then bila rakannya melihat tanganku dia langsung bersalaman tapi stil muka tidak langsung dipalingkan kearah aku sambil sambung berbual dengan rakannya itu.. wallahualam.. salam macamni jugak memang ler aku x gemar.. nauzibillah ler.. jauhkan aku dan keturunan ku dari melakukan kaedah salam seperti ini..

  3. bersalaman tapi tangan ditarik dengan cepat - maksudnya tidak betul2 berjabat tangan.. pernah juga aku bersalam dengan orang yg begini. belum sempat aku salam betul2 dia dah tarik tangan dia.. may be org macam ni punya banyak sebab.. entah tapi aku jugak tak suka kaedah ini..nauzibillah.. jauhkan aku dan keturunan ku dari melakukan kaedah salam seperti ini..

ada banyak lagi kaedah bersalam tapi inilah yang biasa aku terima bila bersalaman dengan hamba2 Allah dimuka bumi ini...

Hamba Allah yang mengelak dari bersalaman

aku pernah mengalami keadaan ini..ada antara hamba Allah yang langsung tidak heran akan kaedah salam ini.. dan hamba Allah ini pula bukan lah orang asing.. mereka ini adalah antara hamba Allah yang hubby n aku kenali.. sebab musabab mereka tidak menghulurkan tangan dengan ikhlas untuk bersalaman aku sendiri tak tahu.. mungkin mereka berdendam atau menyampah dengan aku.. atau mereka rasa aku tak sekufu dengan mereka, atau lebih buruk lagi.. hamba Allah ini sebenarnya tidak mengetahui akan betapa besarnya pahala mereka yang bersalaman sesama muslim..

for me.. aku praktikkan apa yang mak n ayah aku ajar.. so far aku salam dengan sesiapa sahaja (muhrim n saudara seagama)..

pernah juga aku melihat keadaan dimana suami aku bersalaman dengan orang yg ada disekelilingnya (org lelaki) tetapi ada seorang hamba Allah ni cuba mengelak dari bersalaman dengan suami aku.. kesian aku lihat hubby aku mcm terkejar2 nak bersalaman dengan hamba Allah tersebut.. but the person seakan2 melarikan diri.. then hubby pun berlalu dari situ tanpa bersalaman dengan hamba Allah tersebut..

while we walk.. hubby inform aku.. hamba Allah itu mengelak dari nak bersalam dengan dia.. n nampak ketara bila dia seolah2 melarikan diri... i reply.. "biar la dear.. may b dia tak perasan yang dia sebenarnya cuba mengelakkan dari hubungan silaturahim itu berpanjangan aka ingin memutuskan silaturahim.. nauzubillah... " hubby dengan nada kecewa " urmm hopefully Allah akan sedarkan dia"

artikel yang aku ambil dari satu web site :

Memutuskan silaturahim adalah satu istilah yang berat kerana ia satu perbuatan dosa.

Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya: “Tidak akan masuk syurga sesiapa yang memutuskan silaturahim.” Ertinya perbuatan ini termasuk dalam dosa besar.

Malah Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang ingin diluaskan rezekinya, dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia memanjangkan silaturahim.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Silaturahim bermaksud menyambungkan tali persaudaraan atau kasih sayang, mengeratkan kembali rasa kecintaan serta menjaga keutuhan persaudaraan yang terbina terhadap saudara, kerabat dan teman.

Mewujudkan silaturahim bukan sekadar membawa maksud menyambung kembali ikatan persaudaraan yang sudah retak atau memulihkan semula ketegangan dalam perhubungan, malah ia membawa erti lebih luas lagi iaitu membina kemesraan dan keakraban dengan sesiapa saja menerusi sifat saling membantu dan bertolak ansur.

Biasanya punca permasalahan dan gejala keretakan persaudaraan didahului dengan pertengkaran dan saling menjauhkan diri.

Seorang Muslim berkewajipan mengajak saudaranya yang bertelagah itu ke jalan perdamaian sama ada dengan cara bersalaman serta menemui, menyapa atau memberi salam serta diikuti dengan ucapan meminta maaf.

Seseorang yang berada dalam suasana tegang (perselisihan faham) hendaklah membanyakkan sabar dan bersikap terbuka serta mengalah untuk meminta maaf atau memaafkan orang lain. Jangan bersikap sombong dan angkuh serta menganggap diri sentiasa benar atau betul kerana inilah punca terjadinya keretakan hubungan yang berterusan. Sesungguhnya dosa sesama insan hanya boleh dimaafkan oleh manusia itu sendiri dan kemudian barulah boleh diampunkan Allah.

PS: fikir-fikirkan lah.. renung renungkan lah.. bersalaman itu amat besar maknanya sehinggakan dalam upacara mendirikan masjid.. menjadikan seseorang itu sah di ijab kabulkan sebagai suami isteri juga dimulakan dengan besalaman (akad) dari seorang wali..

wallahualam..

2 comments:

Shopaholic Mama said...

tks for the article.

paling baik, harus salam dgn hati yg ikhlas & bersenyumlah..

m y a l i s h a said...

shopaholic mama: yup.. salam dengan hati yg ikhlas n bersenyum.. org yg terima salam pon rasa senang hati.. dapat pahala tu. bukannya sia2 buat camtu..