Thursday, April 30, 2009

TOPIC : sebab wanita lebih cepat nampak TUA dan GEMUK

ada segelintir kaum suami mudah mencari perempuan lain kerana menganggap isteri mereka sudah tidak cantik, nampak tua, gemuk...tapi tahukah anda semua wahai kaum suami sebab-sebab yang menjadikan para wanita khususnya isteri & ibu cepat nampak tidak menarik di mata anda?

1. tahukah anda, jika kita makan dengan perlahan dan menguyah makanan sehingga benar2 hancur, itu akan membantu proses penghadaman kita, sekaligus mengelakan kita gemuk...tetapi kasihan kaum ibu ni, terpaksa makan laju2, telan terus tanpa sempat dikunyah kerana nak memujuk anaknya yang menangis. tapi si suami...layan jer sambung makan, buat2 tak dengar anaknya menangis. so, wanita pun mudah menjadi gemuk sebab makanan tak sempat nak hadam betul2...

2. wanita juga mudah gemuk kerana sifat mereka yang tidak suka membazir. makanan yang tidak habis dimakan oleh anaknya, maka dialah yang akan menghabiskannya pulak. sayang katanya....takut membazir. membazir itu kan amalan syaitan. si suami pulak dengan riaknya mengatakan "kau ni kuat betul makan!.

3. bila anak menangis tengah malam nak minum susu, bapaknya akan tido mati terus. kalau yang dengar pun buat2 tido lena sebab malas nak bangun, malas nak ganggu tidonya. wanitalah yang dalam semalam, berapa puluh kali terpaksa bangun membuat susu untuk anak. bila tak cukup tido, mulalah muka nampak letih dan cepat nampak tua. kedut2 pun mula wujud. masa tu nak guna TOTAL EFFECT ker, aper ker...tak kan nak hilangnya...petua untuk cantik kan ada dua yang penting, minum air banyak & TIDUR SECUKUPNYA.

4. Bagi wanita yang berkerjaya, sudahlah penat bekerja untuk membantu menambah pendapatan keluarga, bila balik rumah, semuanya dialah yang kena uruskan. dengan perangai anak2, perangai bapaknya...nak itu, nak ini...so wanita pun membebel, marah2....dan bila marah2, banyak berleter, so cepatlah jadi tua.....


kesimpulannya....wanita cepat tua & cepat gemuk adalah disebabkan LELAKI atau lebih tepat SUAMI....oleh itu, hargailah segala pengorbanan isteri anda. mungkin sekiranya sehari sahaja isteri anda tiada, dan anda perlu memikul tanggungjawab dia sementara, anda mungkin tidak mampu melakukan seperti dia lakukan...... Fikir fikirkanlah..

note: hahahaha.. tergelak aku baca email ni.. tapi ada juga betulnya.. keh keh keh.. peace :)

2 comments:

Moralle said...

ader kebenaran sis....yeszzzz...happy holiday to u n family :)

awinsjclarke said...

ahakz... cam best jer tips kat atas. Kesian para isteri yang bersusah payah menjaga suami dan anak2.

Tapi ada jugak kes suami kena camtu... isteri dia buat donno jer... so this is all about attitude... Give and take tu penting kan k.ecah!

take care ... muah!

p.s .. naper tak gi event secretary lepas? majuk laa gini~