Saturday, October 06, 2007

Salam Aidilfitri...

salams semua

Salam Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin...

Entry kali ni aku masukkan video advertisement iklan raya petronas thun 2003... Iklan petronas ni memang selalunya menyentuh perasaan.. biasalah sentuhan Yasmen Ahmad as a director. tapi dalam banyak2 iklan raya.. iklan raya tahun 2003 yg aku paling favourite sekali...

Pada aku selain dri cinematography yang menarik yg ditonjolkan kat iklan ni.. ada mesej tersirat... dari segi ikatan persaudaraan, dari segi penghormatan pada org tua...dr segi suasana persediaan sambutan hari raya kat kampung...

bila tengok iklan ni...teringat pulak pasal sambutan raya kat kampung...pada aku... suasana hari raya kat kampung memang tiada bandingannya... time yang paling meriah ialah time malam raya... heheheh.. time malam raya tu lah biasanya aku n mak aku sibuk gantung langsir baru.. hehehe.. sekarang tugas tu dah diambil alih oleh adik aku.. kalau masuk kampung atuk pulak time 7 hari sebelum raya dah nampak kemeriahannya sebab.. semua org kampung sibuk hiaskan halaman rumah sendiri dengan pelita... memang meriah... x dapat aku nak gambarkan.. hanya dalam kepala ni je yg rerukir semua kenangan tu.. hehehehhe... belum part main mercun... huhuhu lagi seronok...

ok la... korang boleh komen keseronokan pengalaman raya kat kg korang.. ye.. aku nak baca... especially from eitazack n aniza_s... sebab diorang ni stil dok umah kat kampung yg memang ada suasana kampung...sebab ada juga umahkampung tp x ada suasana kampung...umah diorang memang best... teringat kesedapan kopi orang muo...heheheheh...

enjoy the vidz

No comments: