Saturday, July 14, 2007

Ibu oh Ibu

Salams for all...

Alhamdullillah... for almost one week the thing happen to me.. i'm getting better n better... ehehehehe... =) thanks fren...for your wishes, comments...

entry kali ni aku nak cerita biasa-bisa je tapi ada relate sikit dengan apa yang terjadi pada aku...

as u know.. masa awal-awal kejadian tempohari.. aku depress gila.. bole katakan every nite aku menangis... sedih n menyalahkan diri sendiri atas apa yang telah berlaku... walaupun berulang kali hubby katakan semua yg terjadi ada kehendakNya.. Akhirnya aku terima Qada' dan Qadar yg telah ditentukan olehNya.. Alhamdullillah..

walaupun aku hanya sempat merasa selama lebih kurang dua bulan untuk menjadi ibu..well actually after i know i'm preggy tu juz 4 2 weeks.. itu pun dah cukup meninggalkan kesan pada aku.. hmmm bila dah rasa sendiri macam mana pregnant.. baru la terasa betapa hebatnya kalau dapat menjadi seorang yang bernama IBU...

Pengalaman semasa pregnant.. amat indah sekali... (sesiapa yang pernah melaluinya boleh comment ya... sapa yg belum tu jgn la try nak pregnant kalau belum sah sbg hubby n wife.. ehehehehe =)) As i say b4 on my entry.. walaupun masa pregnant badan terasa lemah, penat lesu.. and then ditambah dengan kesakitan secara tiba-tiba such as sakit kepala ke... loya ke... sakit pinggang ke... n yg paling teruk alahan... sebagai seorang yg bakal bergelar ibu, biasanya semua tu dapat dilalui dengan mudah kerana baby dalam kandungan adalah kekuatan bagi ibu tersebut...

Base on my xperience (walaupun sekejap) aku tak merungut kalau kepala aku pening ke... muntah ke... tak bole tidur ke... sebab aku tahu... semua org yg pregnant akan melalui keadaan yg sama dengan aku.. dan setiap kali aku rasa begitu.. aku akan berbual dengan baby aku... walaupun dr segi medic usia bayi 12 minggu (dlm kandungan) barulah pendengarannya berfungsi... sebab... dengan bercakap dengan baby.. aku release sikit kesakitan itu... it was a wonderful moments that i ever had... insyaAllah kalau Allah beri peluang utk yg seterusnya... aku still akan rasa perasaan yg sama.. =) Aminnn

Berat tak bawa kandungan???? itu aku tak mrasa lagi tapi pada mereka yg pernah bawa kandungan selama 9 bulan semua kata berat.. but so far... belum sekali pun aku dengar kengkawan aku yg pregnant sampai sembilan bulan itu merungut... sebab pada aku seseorang ibu itu redha dengan kurniaan Allah SWT..

Patutlah dikatakan doa seorang ibu itu amat makbul n betapa besarnya dosa, sekiranya kita hanya dengan berkata "ah" pada ibu, apatah lagi menengking ibu sendiri... sementara menyenangkan hati ibu itu besar pahalanya di sisi Allah... Itu telah kita sedia maklum... pesanan dari Rasullullah SAW...

Masa aku dalam confinement ni... seorang aunty yg mengurut aku tu kata actually sakit masa miscariage adalah lebih dari bersalin... aku tak tau sejauhmana kebenarannya.. sebab aku cuma pernah rasa miscariage but not bersalin... walaupun nanti mungkin ada pendapat yg berbeza... pada aku... aku bersyukur walaupun baby aku x dapat diselamatkan dalam kandungan aku at least Allah bagi aku peluang merasai betapa sakitnya nak bersalin... hanya tuhan yang tahu..

Dan seperti yang kita sedia maklum pesan Rasullullah SAW... antara yang sakit yg teramat sakit adalah MATI yg keduanya adalah bersalin.. sakitnya bersalin itu... hanya yang telah melalui sahaja yg tahu... dan dari situ kita harus maklum betapa besarnya pengorbanan seorang ibu bagi melahirkan seorang zuriatnya sendiri...

So... IBU tetap IBU... Setiap IBU tak pernah mendoakan perkara buruk untuk anaknya yang telah dibawanya selama 9 bulan dalam kandungan... setiap IBU ingin melihat anaknya happy... Untuk anak perempuan yang telah berumahtangga.. walaupun ibu bukan lagi menjadi keutamaan yg pertama kerana bila dah berumahtangga Suami adalah yang pertama dan utama... IBU tetap IBU... tak sama dengan sesiapa juga... dan tak boleh ditukar ganti...

Aku selalu berdoa semoga Allah SWT beri peluang lagi untukku merasai pengalaman menjadi seorang ibu lagi selepas ini... dan biarlah zuriat yg akan aku kandungkan itu adalah zuriat yg soleh dan solehah.. Aminnn...

7 comments:

Atosh said...

mmm betul tu kechah.. sumer sakit tu memang ada. Tambah lg waktu mlm panas peluh smpai menitik2. Tp demi baby kt redha. Masa pregnant saat yg indah! Niza... cpt skit kawen. hehehe

Anonymous said...

Kechah banyak bersabar k.. lepas ni maybe twins

m y a l i s h a said...

heheheh.. ha ah la atosh... bila la nak terasa nasi minyak niza nih... kalau nak kawen pastikan aku bukan dalam keadaan bpantang ye niza...

hehehe who knows... after this i gat twins.. insyaAllah n lg besh kalau triplet.. =)

sally melly said...

ye..ye..betul.sy sgt setuju!kdg2 bila penat, letih, lesu tu mmglah kite ada luahkan.tp tu x bermaksud kita mengeluh,cuma nak share perasaan jek.heheheh..*wink..wink*

aniza said...

erkkk...aku ka kena cepat cepat kawen? nak merasa nasik minyak aku...hu huuu takde calon arrr. Malang dalam bercinta. hik hik. Korg tolong la EJASSSS skit :p moerkkk!!!!

aniza said...

erkkk...aku ka kena cepat cepat kawen? nak merasa nasik minyak aku...hu huuu takde calon arrr. Malang dalam bercinta. hik hik. Korg tolong la EJASSSS skit :p moerkkk!!!!

m y a l i s h a said...

ehehhehehe.. ko kan ramai calon.. pilih saja yg bekenan...