Thursday, May 10, 2007

compilation of stories.

Luahan Perasaan

Last Sunday (29 April 2007)aku balik kampung… macam2 la mak Tanya kat aku. As usual pasal kehidupan aku kat sini. Aku plak malas nak memanjangkan cerita cukup la sekadar mak tahu yang aku memang happy kat sini disamping suami tercinta..

Ya Allah, hanya Kau yang maha mengetahui. Alhamdullillah stelah setahun aku menjadi isteri, aku bahagia disamping suami tercinta. Memang ada halangan yang datang alhamdullillah setakat ini aku bertahan n insyaAllah aku cuba bertahan semampu mungkin.

Kadang-kadang aku terfikir adakah suami aku faham dengan keadaan yang aku sedang lalui ini??? Walaupun jauh di sudut hatinya dia cuba memahami seberapa maksimum yang mungkin tapi keadaan sebenar hanya Allah sahaja yang maha mengetahui.

Tak perlulah aku ceritakan disini apa yang aku lalui cukup apa yang aku tulis ini sekadar melepaskan rasa yang terpendam. Menangis??? Memang aku selalu menangis… menangis bukan menyalahkan keadaan yang terjadi tapi menangis atas sebab meluahkan perasaan terpendam di hati. Dan orang yang sentiasa setia mendengar tangisan aku ialah suami tercinta. Terima Kasih Dear.

Dari awal aku kenal suamiku aku telah fahami segala situasi yang menyebabkan aku tak dapat membuat pilihan. Segala yang datang bersamanya harus aku lalui. Begitu juga dengan dia yang aku rasa tak dapat membuat pilihan semuanya atas dasar tanggungjawab.

Hari ini (sunday, 6 May 2007) aku sangat sedih dengan apa yang berlaku. Tak tahu aku nak luahkan macam mana. Aku memang sedia faham tapi kenapa ada antara mereka yang tak faham dengan situasi yang aku lalui. Bagi yang memandang dengan mudah mengatakan situasi yang ku lalui tidak lah seteruk mana. Tapi pada aku apa yang aku lalui kadang-kadang boleh menyebabkan syaitan berbisik menghasutku mencari pilihan sendiri. Mungkin pada yang memandang nampak senang dan mudah tapi jika mereka lalui sendiri belum tentu mereka boleh bertahan selama aku bertahan.

Kalau ikutkan hati ingin sahaja aku buat pilihan lain. Biar mereka tahu aku juga ada cara dan pendirian aku sendiri. Tapi bila aku pandang muka suamiku… terus terbatal niat yang aku citakan, terus terkubur apa yang aku fikirkan… Astarghfirullah.. senangnya syaitan menghasut diri aku supaya buat seperti perempuan itu. Aku bukan perempuan itu dan aku tak mahu jadi seperti perempuan itu. Perempuan itu telah banyak memberi tekanan pada orang keluarga ini...

Ya Allah aku bersyukur kepadaMu kerana menemukan aku dengan suami tercinta... Aku sangat mencintai suamiku... Dia banyak memberikan aku kekuatan... Aku ingin perkahwinan ini kekal hingga ke akhir hayatku insyaAllah...

Kaki ku sakit

Kaki ku sakit.... arghhhh sakitnya kaki ku ini... dua minggu aku menanggung kesakitan kaki yang amat sangat. Rasanya perit skali kat bahagian tumit... mula-mula hubby aku suruh pergi berurut... kebetulan kaka ipar aku memang pandai mengurut so, apa lagi minta khidmat dia la... 3 kali urut tapi sama juga... nak katakan aku pakai high heel... dah lama aku tinggalkan high heel ats saranan doctor. skang ni pakai flat shoes je... agaknya aku selalu berdiri terlalu lama... may be lah jugak..

Kakak ipar aku suruh aku berendam kaki dangan air panas suam then bubuh sedikit garam. air panas untuk relaxkan muscle n nerves kat kaki.. garam lak untuk buang toxin... so aku pun cuba la... arround 1 week juga la aku cuba but still no changes... then at last.. hubby aku suruh aku tukar kasut... so he bought for me a new clarke shoes... Thank you Dear... and alhamdullillah skarang dah tak sakit lagi... so atas nasihat pakar (my hubby) aku tak bole pakai kasut biasa lagi kena pakai kasut yang boleh relaxkan kaki... hmmmmm.....

4 comments:

eita_zack said...

eemm.. kekadang kan kak ecah, org tak tahu ape yang kita rasa, dieorg cuma tahu cakap alaaaaa relax ar..sikit je tuh, tapi yg lalui sume tuh kita, tu laa.. cume org yang benar2 ikhlas nak mendengar cerita kita saje yg tahu camne keadaan kite jika nak dbandingkan dgn org lain w/p kite lama kawan an die.. SABAR tuh memang kene ada dalam situasi nih, persefahaman gak kene ada untuk kekalkan sesuatu apatah lagi PENGORBANAN. Ita rasa kak ecah leh handle sume nih..doa banyak2 moga anasir2 yang tak patut tu lenyap.. ita doakan kebahagiaan kak ecah dari jauh..moga segala2nya KEKAL sampai ke akhir hayat.. Amiinn..

Redhzuan Daniel said...

sounds bad :(

D >> Doa
U >> Usaha
I >> Ikhlas
T' >> Tawakkal
s >> Syukur

myishah said...

thanks ita... oleh sebab dah terbiasa dgn keadaan, bebenda cam gini make me strong...

alhamdullillah...
teringat kata-kata ayah kita... Allah tak akan menguji hambaNya sekiranya Dia tahu yang hambaNya tak boleh melalui ujian tersebut... Hanya yang terpilih sahaja di uji dan bukan kan ujin dariNya itu dapat mematangkan kita dengan kehidupan...

by that reason i try to take it on positive way...

eita_zack said...

eeemmmmm.. yiap... kuatkan semangat kak ecah terus berjuang dn bertahan... nanti lelama dieorg tuh letih gak bercakap... kite wat do no jeee...