Tuesday, April 10, 2007

Terima Kasih kakak-kakak ku...



Semalam (Monday 9 April 2007) aku keluar dengan kak yah (my second sister in law). Actually aku sebenarnya tak plan pun nak keluar dengan dia tapi after facial, dia ajak aku makan fish soup yang sedap so, aku pun ikut la.

Bila sampai kat temapat yang dituju… kami tukar menu pulak… from fish soup to fish soup porridge… but anyway it stil fish soup jugak.. then makan time lah… kak yah yang bayarkan. Since blog ni aku tulis aku blom bayar lagi… so kak yah masuk dalam buku je la eh cukup bulan total up ok ;-)

Masa makan tu, kami berbincang certain things n alhamdullillah walaupun perkara tersebut sebenarnya too sensitive tetapi sebagai sister in law Kak Yah memahami situasi yang aku lalui… Terima kasih Kak Yah…

Apa yang aku ceritakan pada Kak Yah sebenarnya adalah sebahagian dari apa yang aku lalui. Itu pun cerita tu terbuka setelah Kak Yah tanya berulang kali… Aku pun cerita dengan perasaan yang terpendam selama ini.. Sebelum ni bukan aku tak nak discuss dengan sesiapa tapi takut nanti apa yang aku fikir tak sama dengan orang lain fikir n aku rasa kalau diberitahu pun akan memburukkan keadaan yang mana comparison akan wujud untuk aku. so cara terbaik pendamkan segalanya …


Aku tak mahu ada yang menyamakan aku dengan perempuan itu.. yang pernah mewujudkan kisah pedih dan sedikit kontroversi dalam keluarga ini, aku juga tak mahu jadi seperti perempuan yang pernah diceritakan oleh keluarga ini yang memberi tekanan kepada suami sendiri. Aku berusaha memberi yang terbaik untuk semua dan kini aku masih lagi berusaha.


Apa yang telah aku lalui, apa yang sedang aku lalui dan apa yang akan aku lalui pada hari hari akan datang telah ditentukan oleh Allah SWT. Dia yang menetukan segalanya.. dan aku percaya Allah SWT tidak akan menduga hambanya sekiranya Dia tahu hambanya tak boleh menerima dugaan tersebut..
InsyaAllah aku harap aku boleh bersabar dengan segalanya, dan alhamdullillah setakat ini aku boleh bertahan.

Aku pasrah dan redha dengan apa yang telah ditetapkan. Segalanya aku lakukan adalah kerana aku besyukur apa yang Allah SWT telah tetapkan untukku. Dia yang telah menemukan aku dengan suami tercinta. Aku terima segalanya yang ada pada dirinya, yang datang bersama dirinya dan semua situasi yang telah sedia aku fahami atas satu sebab. Semuanya kerana aku mencintai dan amat menyayangi dirinya sebagai pelindung ku, sebagai teman ketawa, teman menangis, dan yang lebih besar dia sebagai teman hidupku hingga ke akhir hayat InsyaAllah...


Alhamdullillah hingga kini aku amat bahagia dengan suami tercinta walaupun pelbagai macam dugaan datang... kami masih kukuh untuk bersama, dan setiap hari hati kami semakin mincintai antara satu sama lain. yang paling best nya adalah setiap hari adalah honeymoon untuk kami... :-)

To my sister inlaw Kak Yah terima kasih kerana memahami situasi yang i-shah lalui sekarang ini. My sister in law Kak Ida and Kak Misa juga thanks a lot... U all are the greatest sisters in law... thanks...

5 comments:

Redhzuan Daniel said...

uols... apa kes? takut lah dgn dugaan uols itu even it does not stated here, sesuatu ar...

anyway its good 2 have every day s ur honeymoon... fuyooooo

cayok2!

myalisha said...

hmm biasa la..duagaan bukan je after married.. when u are single also dugaan banyak juga kan...

so all of the obstacles that came into our life will make us more matured.. anyway i juz take it on positive way.. may b ada hikmah disebaliknya.. who knows..

yup rite its gud 2 have honeymoon everyday in my life.. :-)

iezahnet said...

well, dugaan ada di mana²... ehehehe... lari mcm mana pun, still kena hadapi gak...

eita_zack said...

hadapi sume dgn tabah.... :D dunia nih kan pentas,... drama sume tuh... kite yg kene mainkan peranan yg betul w/p sekadar pelakon tambahan...

myishah said...

yup betul tu ita