Thursday, December 29, 2005

Kisah Suami Isteri :-)

"Alkisah sepasang suami isteri sedang berada di hospital.... Si isteri sedang sarat utk melahirkan...


Seorang doktor ditugaskan utk menerima kelahiran bayi tersebut... Biasalah kan..
kalau dah nak bersalin tu.. sakit tu.. kekadang macam tak dapat ditahan2 oleh si isteri.. maka terdengarlah jeritan ..esakkan si isteri tadi...


Doktor tersebut mencadangkan :-
Doktor: Kami telah mencipta satu alat terkini.. alat ini dapat memindahkan kesakitan yang dialami oleh isteri kepada ayah bayi tersebut... Hendakkah anda
mencubanya???


Si Suami: Teruskan aja doktor.. tak sanggup saya mendengar jeritan dan tangisan isteri saya itu.. pindahkanlah kesakitan itu doktor..saya sedia..


Maka dengan kadar instant.. misi2 yang bertugas terus memasang segala macam
tiub kebadan sisuami tadi...


Pada peringkat permulaan... doktor memindahkan 10% kesakitan isteri kepada suami tadi... namun tidak ada perbezaan atau perubahan dari pihak suami... Doktor kemudian menambahkan lagi 10% sambil menerangkan bahawa suami akan terasa sakit sedikit dari yang awal... namun.. masih juga tak da sebarang reaksi kesakitan yang ditunjukkan oleh suami..


Melihatkan itu .. doktor tadi memindahkan lagi separuh kesakitan kepadanya ... tapi sepanjang proses kelahiran .. si suami masih tak terasa apa2.. lalu doktor memindahkan keseluruhan kesakitan kepada si suami... Doktor turut memeriksa tahap tekanan darah suami.. dan berasa kagum kerana tidak ada tanda2 yang memudaratkan.. dan sisuami masih kelihatan baik dan sehat.. Si isteri akhirnya melahirkan seorang bayi yang sehat dengan tidak merasa sebarang kesulitan dan kesakitan.. kedua2 mereka merasa amat gembira sekali dan berterima kasih kepada doktor tersebut...


Setelah sehari berehat.. mereka pun pulang kerumah... dan mendapati posmen mati dihadapan pintu rumah mereka..


Do you know what actually happened?? heheheh >:).."

1 comment:

idaput said...

apa yg actually happen,,,sape posmen tu?sape husband dia yg sebenarnya?